Panduan
Pasang dan sambungkan SQL Payroll dalam 5 minit
Anda perlukan: PC yang ada SQL Payroll, sambungan internet, kata laluan database SQL Payroll (SYSDBA) dan API key yang diberi selepas mendaftar.
Langkah 1 — Daftar percubaan
Isi borang percubaan. Selepas dihantar, anda akan nampak ID pengguna HR, kata laluan sementara dan API key. Simpan ketiga-tiganya.
Langkah 2 — Muat turun pemasang
Di PC SQL Payroll, muat turun URUSGAJI-Setup.exe.
⬇ Muat turun URUSGAJI-Setup.exe
Jika Windows memaparkan "Windows protected your PC", klik More info → Run anyway. Jika pemasangan ke C:\ gagal, klik kanan fail → Run as administrator.
Langkah 3 — Isi tetingkap pemasangan
- Syarikat — pilih nama syarikat anda. Pemasang mengesan database SQL Payroll secara automatik. Jika tiada dalam senarai, klik Pilih… dan cari fail
.FDB (biasanya C:\eStream\SQL Payroll\DB).
- Kata laluan DB — kata laluan SYSDBA Firebird yang digunakan oleh SQL Payroll. Jika tidak pasti, tanya pembekal SQL anda.
- API key syarikat — tampal API key dari Langkah 1.
- Masa sync setiap hari — biarkan 20:00 atau pilih masa PC biasanya dihidupkan.
- Klik Uji sambungan. Tunggu sehingga tertulis Sambungan berjaya.
- Klik Pasang. Data slip gaji akan dihantar kali pertama — mungkin mengambil beberapa minit.
✅ Selepas siap, pintasan URUSGAJI Slip Gaji akan muncul di Desktop. Buka untuk Sync sekarang bila-bila masa selepas memproses gaji.
Langkah 4 — Terbitkan slip gaji
- Log masuk ke hr.sqlbiz.net dengan emel dan kata laluan sementara. Tetapkan kata laluan baharu.
- Pergi ke Tempoh gaji dan klik Terbitkan pada bulan yang mahu dikongsi dengan staf.
Langkah 5 — Aktifkan akaun staf
- Pergi ke Kakitangan, pilih staf, klik Aktifkan.
- Kata laluan sementara dipapar — klik Hantar melalui WhatsApp untuk berkongsi terus.
- Staf log masuk dengan No. KP dan kata laluan itu. Jika emel staf (Gmail) direkod dalam SQL Payroll, mereka juga boleh Log masuk dengan Google.
Setiap bulan selepas ini
Proses gaji seperti biasa di SQL Payroll → agen sync setiap hari secara automatik (atau klik Sync sekarang) → HR klik Terbitkan. Itu sahaja.
Masalah biasa
"Database tidak dapat dibuka"
Semak kata laluan SYSDBA dan pastikan SQL Payroll boleh dibuka di PC itu. Jika database di pelayan lain, isi nama pelayan dalam medan Pelayan database.
"API key ditolak oleh portal"
Pastikan API key disalin penuh (bermula dengan ug_), tanpa ruang di hujung.
"Portal tidak dapat dihubungi"
Semak sambungan internet atau firewall PC. Agen perlu akses keluar HTTPS ke hr.sqlbiz.net.
Staf tidak nampak slip
Pastikan bulan itu sudah Diterbitkan dan akaun staf sudah Diaktifkan.
Mula percubaan 3 bulan →